BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 8, 2012

aku suka dia























Tuesday, October 18, 2011

akhirnya.....







thx diatas segalanya yg telah engkau berikn....
mmg semuanya berlaku dg pntasnya....
setelah kau mmberikn ak hrapan ko tngglkan ak terkapai-kapai di tgh2 lautan...
thniah ko tlh berjy mmbuka kmbali dan juga melukakn hati ini....
mmg smua same jew di dunia ini....
knp ak bgtu mudah utk jtuh skali lg....
knp ak bgtu mudh skali mengikut sgala kemahuan ko....
ko nie mmg nmpk jew baik tp hnya allh jew yg tahu keadaan yg sebenar.....
walaupun hnya skjap mngenali ko aku ttp brterima kasih krn mmbri peluang ak utk mncntai dan disyngi....
thnx tuk segalanya....:)

Wednesday, October 12, 2011

Mencintai
seseorang itu adalah hak kita,namun memiliki seseorang yang kita cintai
tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan
sesuatu yg belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali, andainya
Allah mentakdirnya dia untuk kau miliki, atau Allah akan mengganti
... dengan yg jauh lebih baik dari yg sekarang kita cintai. Jangan pernah
takut kehilangan sesuatu yg bukan menjadi hak kita, jangan kau tangisi
apa yg bukan milikmu..kerna mencintai tak bermaksud memiliki..tapi
memiliki itu kerana mencintai.
yes2...sy suka ayat nie.... walaupun sy suka awak tp sy tahu awk bukan milik saya lg... awak sdh dimiliki oleh owg lain...
sedih itu mmg ada tp nk wat mcm ne bkn rezeki sy memliki awak.... namun sy meme trkilan la bila dpt tahu smua itu... sungguh sy tak percaya... awak melayan saya mcm awk tidak mempunyai sape2...last2 sy dpt jemputan awak nk K_ _ _ _ _ n...meme saat itu hancur hati sy... sy rase mcm tak terpijak dibumi yg nyata la...

namun setelah bebrapa lame sy mula menyedari bahawa mencintai tidak semestinya memiliki... itu semua kuasa allah s.w.t... sebagai manusia kita hanya mampu berserah kepadanya... hanya dia mampu menentukan perkara yang terbaik utk kita..:)

walaupun sukar untuk melupakan namun sy tahu lama-kelamaan dia boleh hilang dlm hidup ini....

berharap ada pengganti yg lebih berbaik atau yang sama dgn die yang dulu...:)



Monday, October 10, 2011

C.I.N.T.A

{Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.}



ok entri kali ini bercerita tentang cinta....errrmmm apa itu cinta,love dsb la...:P
ade owg kata cinta itu indah?
ada owg kata itu memerlukan pengorbanan....
ada owg ckp cinta ini kdg2 manis,kdg2 pahit...
biase la smua ini rencah kehidupan...pengalaman mengajar erti kehidupan....so sementara kita masih bernafas kita perlu la menjalani kehidupan ini...
berbalik pada cerita tntg love....

meme sy dh byk kali kcwa dgn cinta so meme stop dulu la yew....
ok ade owg sgt sensitif kalo ckp tntg cinta kn....lantaklah...
skrg dh la musim mengawan....rmai indvdu or psgn2 yg ingin brkhwn dn bertung...ade gak shbt sy nk brtung...errmmmmm xleh ckp skit asyik nk sentap...aku hentak pale die bru die tau..mnympah mak nyahhh ooiiiii...


ok b4 khwn kna la cri psgn yg bgus....
antara tips die ialah:

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.



sy amik nie kt blog tentang cinta..byk input yg kita perolehi dri blog ini..smuanya berguna utk kaum2 wanita...:)

ok kite jumpe lg yew...




Friday, October 7, 2011

becinta

Setiap orang mempunyai pengalaman dalam bercinta
Bercinta dan berpisah
“Aduhh sakitnya”
Tak semua orang boleh terima perpisahan
Kadangkala merasa serik untuk mencintai orang lain kerana terlalu sayangkan kekasih lama
Perpisahan itu menyakitkan
Menyintai itu adalah kebahagiaan

Namun
Bila kita berfikir secara positif
Sebenarnya
Mencintai itu lebih menyakitkan dari melepaskan cinta
Kerana
Bila kita mencintai seseorang
Lebih-lebih lagi disaat-saat hubungan dalam keretakkan
Sebelah pihak pasti akan terluka
Menunggu masa melafazkan ”PERPISAHAN”

Andai dalam percintaan bila kita merasa perubahan yang ketara dalam perhubungan
Kehambaran kemesraan
Bersedialah untuk melepaskan
Walau hakikatnya hati masih sayang
Memang bukan mudah melihat orang yang kita sayang berlalu pergi

Namun
Percayalah
Kebahagian dalam perpisahan itu lebih bermakna dari
Kekecewaan dalam mencintai
Sakit hati melepaskan
Namun lebih sakit lagi hati
Bila kita tidak dihiraukan
Apatah lagi pandangan dia terhadap kita telah pun kosong
Tiada lagi sayang
Berbaloikah kita menunggu orang yang sudah tidak sayang lagi dengan kita?

Kita tau kesudahan nya
Namun berkeras menidakkan
Terima lah hakikat bahawa hubungan tak mungkin akan kekal tanpa perasaan kasih dan sayang
Kerana percintaan akan kukuh dengan adanya kasih sayang
Tanpa kasih sayang
Cinta tak bermakna
Jangan pula kita menyalahkan dia bila kita tidak diperlukan lagi
Bukankah manusia tidak sempurna
Begitu juga dia

Mungkin kekecewaan yang kita rasa akan berganti kebahagiaan yang kita sendiri tidak sedar
Doakan dia bahagia
Kerana bila kita mendoakan kebahagiaan dia
Kita akan dibalas dengan kebahagiaan juga
Tanamkan dalam hati
“Aku bahagia,bila dia bahagia”
Kerana mencintai bukan bererti mem
iliki





semua tentang die...

awak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi you can always count on me

Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan…


hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal bumi ni rasa macam dah tak cukup graviti

Awak
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak guna

Awak
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat-buat pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak

Awak
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all the gud lucks and take care hari-hari

Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadi saya blah macam tu aje

Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi

Awak
Hari ni saya nampak awak dari McD
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri

Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi

Awak
Hari ni saya menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri

Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
Awak fokus kat tv

Awak
Hari ni saya tengok gambar kita senyum
Tapi gambar tinggal gambar
Nak buang sayang nak simpan sedih

Awak
Eesok antara kita ada “balai berlepas”
Esok…tiada esok untuk saya
Esok juga…tiada esok untuk awak

Awak
Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Buat sakit hati

Awak
Sebelum pergi
Hari ni..kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak….





p/s: hanya tinggal kenangan... jika kita suka kepada seseorang kita hendaklah berterus terang kalau tidak semuanya akan hilang begitu sahaja..:)




12 Perkara Tentang cinta

1.Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.



p/s: renung2kan dan selamat beramal..:)